28 September 2012

Bad Piggies Versi Komputer

Kawaiiiiiiiiiiiiiiiiiii




Akhirnya game Bad Piggies keluaran syarikat Rovio versi komputer telah keluar. Aku baru download tadi dan dah cuba game ini. Bad Piggies ini sebenarnya adalah watak babi hijau yang sama dalam Angry Birds. Cuma kali ini misinya adalah membina kenderaan dengan menggunakan kreativiti sendiri untuk melalui segala halangan dan kutip crate sepanjang laluan. Seperti Angry Birds, game ni menggunakan elemen dan konsep fizik. Sila klik disini untuk download.

Comel!!

Kredit: pcmag.com

25 September 2012

Percintaan Sejati Lelaki Tanpa Kaki Dan Tangan (22 gambar)

Cinta itu buta!!

Ramai orang kita seronok bercinta dan demi cinta katanya sanggup berkorban apa sahaja. Tapi pahamkah anda apa erti cinta sebenar? Taylor Morris, seorang tentera laut EOD yang berasal dari Cedar Falls, Iowa telah kehilangan sepasang kaki dan tangan semasa bertugas di Afghanistan.

Walaupun keadaan fizikalnya sudah cacat namun teman wanita beliau masih setia dan sanggup bersama dengannya. Bukan seperti Vivi dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih 2. Anda boleh lihat gambar-gambar beliau di taylormorris.org yang telah di abadikan oleh teman wanitanya, Danielle dan juga Juli, ibu kepada Taylor.

Di bawah ada beberapa keping gambar yang dapat menceritakan serba sedikit tentang kisah percintaan mereka ini.







Kisah Kondom Dan Pemilik Farmasi


Nora menjemput teman lelakinya Hamzah untuk pergi kerumah berjumpa kedua ibubapanya sambil makan malam. Jikalau Hamzah bersetuju, Nora berjanji akan tidur bersamanya selepas makan malam tersebut.

Setelah berfikir agak lama, akhirnya Hamzah bersetuju dan membuat beberapa persiapan. Lalu dia pergi ke sebuah farmasi dan bertemu dengan pemilik farmasi tersebut untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar...

Hamzah : "Encik..malam ni buat pertama kalinya saya akan meniduri kekasih saya. Jadi saya ingin membeli ubat yang paling baik untuk menguatkan ketahanan dan mempercepatkan ransangan. Saya juga ingin membeli kondom yang paling tahan"

Pemilik Farmasi : "Berapa banyak kondom yang kamu mahu?"

Hamzah : "12 keping..kerana saya mahu mengulangi sebanyak 12 kali"

Selesai berurusan di Farmasi tersebut, Hamzah terus balik ke rumahnya. Malam pun tiba..

Di Rumah Nora, Hamzah duduk di sisi teman wanitanya itu dan berhadapan dengan kedua orang tua Nora. 30 minit berlalu Hamzah banyak tunduk dan malu-malu. Akhirnya selesai sudah makan malam dan seketika itu Nora berbisik pada Hamzah.

Nora : "Saya tidak menyangka yang abang ni pemalu orangnya. Tapi bagus juga sebab mesti ayah tidak ada alasan untuk menolak perkahwinan kita nanti.."

Hamzah : (Sambil berbisik) "Abang tak sangka.. ayah awak tu rupanya seorang pemilik Farmasi”

LOL!!


Kredit: Songlap

24 September 2012

Fans Liverpool Bakar Kereta Kalah Taruhan


Tadi baru habis match antara Manchester United dan Liverpool. Beberapa minit kemudian ada seorang friends aku dalam facebook share picture kereta dia yang dah dibakar sebab kalah bet ngan kawan dia. Untuk pengetahuan anda, match tadi berakhir dengan Manchester United 2 liverpool 1. Seperti biasa ramai yang butthurt sebab manchester menang dengan penalti dan semestinya referee yang menjadi punca. Klik pada gambar atau buka new tab untuk paparan yang lebih jelas.




18 September 2012

Faradyable Bila Avengers Lapar


Hahahahaha!

Satu lagi video kelakar oleh faradyable di youtube. Kali ini video berkenaan puak-puak avengers yang kelaparan nak makan nasik goreng ayam di Restoran Barra. Untuk pengetahuan pembaca, Restoran Barra terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Anda boleh like Restoran Barra di laman facebook fanpage Restoran Barra.

Dari video ni mungkin si faradyable ni tinggal di sana dan mungkin juga adalah pelajar UITM, Shah Alam. Aku mula tertarik dengan video Rambo beliau yg bertajuk "tidak tenang" yang boleh buatkan orang jadik gila bila tengok. Anda boleh lihat semua koleksi dubbing video beliau di sini.


16 September 2012

Perubahan Drastik Model Angelababy Yeung Wing Dari Orang Biasa (15 gambar)

Model yang berumur 23 tahun ini berasal dari Hong Kong dan diberi nama Angela Yeung Wing. Nama gelaran beliau Angelababy adalah gabungan dari nama "angela" dan panggilan "baby" oleh keluarganya. Beliau memulakan karier sebagai model sejak berumur 14 tahun dan aktif sepenuhnya pada tahun 2007 iaitu semasa beliau berumur 16 tahun. beliau menjadi model jutaan dollar dengan memenangi banyak hati peminat dan penaja dengan senyumannya yang manis dan matanya yang bulat. Tapi kecantikan beliau ada sekarang sangat berbeza sewaktu beliau belum menjadi model.






15 September 2012

Tragedi Hillsborough 15 April 1989




Beberapa hari lepas kecoh tentang ketidakadilan pada keluarga mangsa semasa tragedi Hillsborough. Apa menjadi kemarahan keluarga mangsa adalah isu keselamatan semasa perlawanan separuh akhir Piala FA diantara Liverpool dan Nottingham Forest di Sheffield, England. Walaupun tahap keselamatan tidak mencapai tahap minimum, pihak berkuasa tetap berdegil meneruskan perlawanan.

Polis juga telah mengubah rekod dan menyalahkan penyokong atas apa yang terjadi. Selama 23 tahun ini, barulah keadilan akhirnya muncul setelah siatan dibuat dan Perdana Menteri UK, David Cameron memohon maaf kepada semua keluarga mangsa semasa siasatan Hillsborough Independent Panels(HIP) dikeluarkan. HIP juga menyatakan bahawa kenyataan tentang kes ini telah banyak di ubah iaitu sebanyak 116 dari 164 kenyataan polis di ubah bagi memperlihatkan operasi polis cekap dan positif. Holy shit!

Model Penyanyi 12 Tahun Akama Miki (张木易) Bercinta Dengan Penyanyi Zhang Muyi

Seorang model dan penyanyi, Akama Miki telah jatuh cinta dengan penyanyi berusia 24 tahun iaitu Zhang Muyi. Apa yang menarik adalah kerana beliau baru berusia 12 tahun! Model Kanada ini mempunyai ayah berketurunan Jepun dan ibunya yang berketurunan China-German. Beliau telah meluahkan rasa cinta yang mendalam kepada Zhang Muyi melalui blog Sina Weibo kepunyaan beliau. Zhang Muyi juga membalas cinta Miki dengan berjanji akan berkahwin dengan beliau apabila berusia 16 tahun.

Walaupun baru berumur 12 tahun tetapi perwatakan Akama Miki sungguh berlainan dari kanak-kanak yang sebaya beliau. Anatara pencapaian beliau adalah dengan memenangi 2009 National New Silk Road Child Modelling pada tahun 2000. Adakah cinta Akama Miki ini boleh dikatakan sebagai cinta monyet? atau Muyi adalah seorang pedophile??! Lihat gambar beliau bersama Muyi dan juga video klip nyanyian beliau di bawah.





12 September 2012

Koleksi Iklan-Iklan Kreatif Di Pelbagai Tempat Awam (15 gambar)

Kebanyakan iklan-iklan di Malaysia tidak menarik dan cepat bosan bila tengok. Contoh paling ketara seperti iklan yang terdapat di sepanjang lebuhraya negara kita. Sangat formal dan boleh mengakibatkan kemalangan jika terlalu lama diperhatikan. Di bawah ada beberapa contoh iklan-iklan yang super cool di seluruh dunia. Layan... 


Mondo Pasta (pasta bagi negara German) 


Iklan yang terdapat di Bangkok,Thailand dengan tagline "Kusut? Bertukarlah kepada Perapi Rambut Rejoice" 

06 September 2012

Sore Eyes 5 Days MC - Nora Danish & Adi Putra Version

Susulan dari video budak Singapore yang kesakitan mata dan dapat cuti atau mc selama 5 hari. Nampaknya artis kita pon pandai troll orang! hahaha




#nora danish sangat comel!! :D

kredit: MetrowealthPictures.net

03 September 2012

3 September 2012 - Harijadi Doraemon Yang Ke-100 (14 gambar)

Hari ini 3rd September merupakan hari jadi Doraemon yang ke-100 sebelum Doraemon benar-benar dilahirkan kerana robot kucing ini datangnya dari masa hadapan dan hanya lahir pada tahun 2112. Pelik tapi itulah kenyataan untuk animasi yang dicipta oleh Fujiko F. Fujio. Untuk memperingati hari kelahiran Doraemon ini, di Hong Kong terdapat pameran terbesar bermula dari 14 Ogos sehingga 16 September.

Sebuah taman telah disediakan untuk mempamerkan 100 biji patung Doraemon saiz sebenar. Disini juga anda boleh dapatkan pelbagai barangan berkenaan Doraemon seperti baju, topi, pin, anak patung vinil, rantai kunci dan mug. Jika ada masa dan mempunyai bajet lebih, masih sempat untuk pergi ke Hong Kong dan melihat dengan lebih dekat pameran robot kucing berwarna biru yang sangat comel ini =)



02 September 2012

T-Shirt Yang Cool

Siapa-siapa yang tahu di mana aku boleh dapatkan t-shirt ini, sila share. Sangat awesome dan sesuai di pakai semasa majlis keramaian


Conchita Wurst - Penyanyi Wanita Berjambang (14 gambar)

Conchita Wurst adalah nama samaran bagi Tom Neuwirth, penyanyi yang berasal dari Austria. Nama beliau naik apabila muncul sebagai peserta Starmania 2007. Apa yang menjadi keunikan adalah semasa persembahan di pentas beliau memakai pakaian wanita dan memiliki jambang dimana beliau sebenarnya adalah seorang lelaki!

Beliau mendapat perhatian juri dan tepukan gemuruh dari penonton apabila menyanyikan lagu Celine Dion, "My Heart Will Go On" dan Michael Jackson, "I'll Be There". Walaupun beliau tidak menang dan hanya meraih tempat ke-6, tetapi populariti menjadikan beliau sebagai calon pilihan ramai untuk memenangi pertandingan itu. Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut bolehlah pergi ke facebook beliau disini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...