30 August 2012

Gempar! Kisah Memalukan Hamil Tanpa Nikah



Satu kisah hamil luar nikah di sebuah kota raya negara..

Ayah dan ibu sangat murka ketika mengetahui anak perempuan mereka hamil.

“Siapa si bedebah itu??!!” jerit ayah, sedangkan si ibu menangis..

“Suruh dia datang kesini!”

Si anak pun segera menelepon lelaki yang telah mengandungkan beliau dan setengah jam kemudian sebuah kereta ferrari berwarna merah berhenti di depan rumah mereka. Seorang lelaki separuh umur keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berhadapan dengan ibu dan ayah perempuan itu dan berkata,

“Saya adalah lelaki yang telah menghamili anak pakcik makcik, tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak pakcik makcik kerana isteri saya tak mengizinkan. Namun bagaimanapun, saya akan tetap bertanggung jawab!"

Sekiranya anak yang dilahirkan bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya  dua buah supermarket, sebuah hotel dan wang tunai 5 juta dollar.

Sekiranya dia melahirkan anak lelaki pula, saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang minyak, dua buah supermarket, dua buah hotel dan wang tunai 10 juta dollar.

Tapi sekiranya dia keguguran, saya sendiri tidak tahu apa yang harus saya lakukan”

Si ayah berfikir sebentar dan si ibu masih tidak berhenti-henti menangis.

Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu, si ayah berkata,

“Kalau keguguran, kamu cuba lagi ya”


kredit: Rahman

2 comments:

  1. Gilos. hahaha. Ada jugak parents macam nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..tahun 1973 kat Raub, Pahang ade 1 kes mcm ni

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...