29 August 2012

Barcelona Penuhi Impian Gabriel Muniz Budak Tanpa Kaki

Seorang budak berumur 11 tahun, Gabriel Muniz telah di tawarkan untuk mwngikuti kem latihan musim panas di pusat akademi Barcelona yang terletak Saquarema, Rio de Janiero selepas muncul di dalam program sukan terkenal di Brazil. Apa yang menarik perhatian adalah fizikal beliau yang tiada tapak kaki seperti pemain bola biasa.

Disebabkan keadaan beliau yang tidak seperti budak lain, ibunya tidak sanggup untuk melihatnya. Tetapi beliau gembira dengan Gabriel apabila anaknya itu dapat menjalani latihan bersama kelab Barcelona. Walaupun Gabriel tidak dapat bersemuka dengan pemain idolanya Lionel Messi, tetapi beliau gembira dan menikmati sessi latihan itu walaupun tahu bahawa dia tidak akan dapat bermain bola secara professional suatu hari nanti.





video beliau boleh lihat disini

#semangatnya untuk menjadi seperti budak biasa sangat dipuji..respect!

kredit: www.nodeju.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...