22 December 2012

Tips Menguji Madu Asli Atau Palsu

Tips ini sangat berguna kepada sesiapa yang ingin tahu samaada madu yang dibeli itu asli atau tiruan. Sesiapa yang belum pernah membeli madu bolehlah gunakan tips ini supaya anda tidak tertipu oleh si penjual madu.



07 December 2012

Kisah Seorang Guru dan Murid Yang Sedih

Berair sekejap mata...hukhuk



Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

01 December 2012

Contra III The Alien Wars PC Full Version


Dalam era tahun 80-an, contra ni adalah salah satu game tape paling terkenal dan best masa aku kecik-kecik dulu. Tapi game tape pertama aku main adalah street fighter. Zaman tu nintendo dan sega menguasai dunia game tape.

09 November 2012

Angry Birds Star Wars PC Version Full

Burung-burung yang marahhhhhhhh!!!!!!!!!!




Akhirnya keluar juga angry birds versi star wars. Sebelum ni hanya nampak wallpaper angry birds star wars di facebook sahaja. Tadi aku dah download dan cuba game yang comel ni.

Untuk pengetahuan anda, Rovio Entertainment dan Lucas Film telah mengabungkan watak-watak dalam angry birds classic dan juga angry birds space dengan jalan cerita khayalan fantasi yang menarik sepanjang tempoh permainan.

22 October 2012

Artis Dari Dewi Remaja

Rupa-rupanya beliau ni pernah masuk Dewi Remaja sebelum jadi artis. Rasa-rasa boleh agak tak siapa kalau tak nampak mata beliau ni? Sila teka dulu sebelum tekan readmore.





20 October 2012

Restoran Penis Dan Testicle Haiwan (NSFW 19 gambar)

Hell yeahhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!

Percaya atau tidak sebuah restoran di Beijing, China menyediakan makanan eksotik dimana makanan utamanya adalah kemaluan haiwan (penis) dan telur haiwan jantan (testicle). Restoran yang diberi nama Guolizhuang, merupakan restoran pertama di dunia yang menyediakan makanan eksotik seperti ini.

Terdapat lebih dari 30 jenis hidangan untuk pelanggan yang inginkan kelainan yang terdiri dari penis yak, kuda, rusa, keldai dan beberapa testicles anjing laut dan ular! Minuman alkohol dari fetus biri-biri juga ada jika anda inginkan khayal tahap dewa. Dikatakan penis haiwan ini juga mampu memberikan kekuatan seksual yang luarbiasa untuk lelaki...





16 October 2012

Football Legends Edisi Klasik (6 gambar)

Dibawah ada beberapa gambar pemain legenda bola sepak di dunia walaupun pada hakikatnya masih banyak lagi tidak disenaraikan seperti Zinedine Zidane, Ronaldinho, Gabriel Batistuta dan semestinya Mokhtar Dahari! Mungkin orang yang edit wallpaper ni masih dalam pembikinan tapi aku share dulu yang mana beliau telah buat. Sesuai untuk dijadikan wallpaper komputer peribadi dan yang pasti pemain feveret aku selamanya adalah Beckham. Bagi aku freekick Beckham adalah yang terbaik!






11 October 2012

Faradyable Tidak Tenang Hitler

"hatiku bagaikan mancis" djent dje djent dje djent!!!

Video baru dari Faradyable di youtube yang bertajuk "tidak tenang versi Hitler". Video Hitler beliau ni bukan video yang femes orang buat dubbing tu yer. Ini scene lain. Sebelum ini beliau buat video tidak tenang versi Rambo. Mungkin versi Hitler ini juga ada sekuelnya. Sama-sama kita nantikan dan sekali lagi you make my day bro!



Kredit: faradyable

10 October 2012

Tandas Segera Free Dan Murah

Dejeiiiiiiiiiii

Siapa-siapa yang dah tak tahan dan terjumpa benda ni, bolehla try. Tapi kena cepat-cepat takut orang nampak. hahaha




07 October 2012

Koleksi Video WTF Jepun

Comelllllllllllllllllllllllllllllll

Video dari jepun yang comel dan agak creepy. Anda boleh lihat banyak lagik koleksi video pelik-pelik dan comel jepun di sini. :)


05 October 2012

Facebook Account Temporarily Unavailable

Dejeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

*Klik dekat gambar ni kalau tak nampak

Tengah sedap-sedap layan facebook tadi, tiba-tiba facebook jadi unavailable. Rasanya ini kali pertama aku alami atau dah banyak kali jadi sebelum ni? Itulah ramai sangat yang guna facebook ni sampai jem jadinya. Lepas ni mohon kembalikan semula zaman kegemilangan friendster dan myspace.

Oh ya! sebut pasal myspace, web baru untuk myspace telah dibuat dalam beberapa minggu lalu. Mungkin ada di antara anda semua dah tahu dan dah masuk web myspace yg baru tu. Sesiapa yang berminat bolehlah pergi ke sini dan lihat sendiri web baru myspace yg di kenali sebagai newmyspace.

28 September 2012

Bad Piggies Versi Komputer

Kawaiiiiiiiiiiiiiiiiiii




Akhirnya game Bad Piggies keluaran syarikat Rovio versi komputer telah keluar. Aku baru download tadi dan dah cuba game ini. Bad Piggies ini sebenarnya adalah watak babi hijau yang sama dalam Angry Birds. Cuma kali ini misinya adalah membina kenderaan dengan menggunakan kreativiti sendiri untuk melalui segala halangan dan kutip crate sepanjang laluan. Seperti Angry Birds, game ni menggunakan elemen dan konsep fizik. Sila klik disini untuk download.

Comel!!

Kredit: pcmag.com

25 September 2012

Percintaan Sejati Lelaki Tanpa Kaki Dan Tangan (22 gambar)

Cinta itu buta!!

Ramai orang kita seronok bercinta dan demi cinta katanya sanggup berkorban apa sahaja. Tapi pahamkah anda apa erti cinta sebenar? Taylor Morris, seorang tentera laut EOD yang berasal dari Cedar Falls, Iowa telah kehilangan sepasang kaki dan tangan semasa bertugas di Afghanistan.

Walaupun keadaan fizikalnya sudah cacat namun teman wanita beliau masih setia dan sanggup bersama dengannya. Bukan seperti Vivi dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih 2. Anda boleh lihat gambar-gambar beliau di taylormorris.org yang telah di abadikan oleh teman wanitanya, Danielle dan juga Juli, ibu kepada Taylor.

Di bawah ada beberapa keping gambar yang dapat menceritakan serba sedikit tentang kisah percintaan mereka ini.







Kisah Kondom Dan Pemilik Farmasi


Nora menjemput teman lelakinya Hamzah untuk pergi kerumah berjumpa kedua ibubapanya sambil makan malam. Jikalau Hamzah bersetuju, Nora berjanji akan tidur bersamanya selepas makan malam tersebut.

Setelah berfikir agak lama, akhirnya Hamzah bersetuju dan membuat beberapa persiapan. Lalu dia pergi ke sebuah farmasi dan bertemu dengan pemilik farmasi tersebut untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar...

Hamzah : "Encik..malam ni buat pertama kalinya saya akan meniduri kekasih saya. Jadi saya ingin membeli ubat yang paling baik untuk menguatkan ketahanan dan mempercepatkan ransangan. Saya juga ingin membeli kondom yang paling tahan"

Pemilik Farmasi : "Berapa banyak kondom yang kamu mahu?"

Hamzah : "12 keping..kerana saya mahu mengulangi sebanyak 12 kali"

Selesai berurusan di Farmasi tersebut, Hamzah terus balik ke rumahnya. Malam pun tiba..

Di Rumah Nora, Hamzah duduk di sisi teman wanitanya itu dan berhadapan dengan kedua orang tua Nora. 30 minit berlalu Hamzah banyak tunduk dan malu-malu. Akhirnya selesai sudah makan malam dan seketika itu Nora berbisik pada Hamzah.

Nora : "Saya tidak menyangka yang abang ni pemalu orangnya. Tapi bagus juga sebab mesti ayah tidak ada alasan untuk menolak perkahwinan kita nanti.."

Hamzah : (Sambil berbisik) "Abang tak sangka.. ayah awak tu rupanya seorang pemilik Farmasi”

LOL!!


Kredit: Songlap

24 September 2012

Fans Liverpool Bakar Kereta Kalah Taruhan


Tadi baru habis match antara Manchester United dan Liverpool. Beberapa minit kemudian ada seorang friends aku dalam facebook share picture kereta dia yang dah dibakar sebab kalah bet ngan kawan dia. Untuk pengetahuan anda, match tadi berakhir dengan Manchester United 2 liverpool 1. Seperti biasa ramai yang butthurt sebab manchester menang dengan penalti dan semestinya referee yang menjadi punca. Klik pada gambar atau buka new tab untuk paparan yang lebih jelas.




18 September 2012

Faradyable Bila Avengers Lapar


Hahahahaha!

Satu lagi video kelakar oleh faradyable di youtube. Kali ini video berkenaan puak-puak avengers yang kelaparan nak makan nasik goreng ayam di Restoran Barra. Untuk pengetahuan pembaca, Restoran Barra terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Anda boleh like Restoran Barra di laman facebook fanpage Restoran Barra.

Dari video ni mungkin si faradyable ni tinggal di sana dan mungkin juga adalah pelajar UITM, Shah Alam. Aku mula tertarik dengan video Rambo beliau yg bertajuk "tidak tenang" yang boleh buatkan orang jadik gila bila tengok. Anda boleh lihat semua koleksi dubbing video beliau di sini.


16 September 2012

Perubahan Drastik Model Angelababy Yeung Wing Dari Orang Biasa (15 gambar)

Model yang berumur 23 tahun ini berasal dari Hong Kong dan diberi nama Angela Yeung Wing. Nama gelaran beliau Angelababy adalah gabungan dari nama "angela" dan panggilan "baby" oleh keluarganya. Beliau memulakan karier sebagai model sejak berumur 14 tahun dan aktif sepenuhnya pada tahun 2007 iaitu semasa beliau berumur 16 tahun. beliau menjadi model jutaan dollar dengan memenangi banyak hati peminat dan penaja dengan senyumannya yang manis dan matanya yang bulat. Tapi kecantikan beliau ada sekarang sangat berbeza sewaktu beliau belum menjadi model.






15 September 2012

Tragedi Hillsborough 15 April 1989




Beberapa hari lepas kecoh tentang ketidakadilan pada keluarga mangsa semasa tragedi Hillsborough. Apa menjadi kemarahan keluarga mangsa adalah isu keselamatan semasa perlawanan separuh akhir Piala FA diantara Liverpool dan Nottingham Forest di Sheffield, England. Walaupun tahap keselamatan tidak mencapai tahap minimum, pihak berkuasa tetap berdegil meneruskan perlawanan.

Polis juga telah mengubah rekod dan menyalahkan penyokong atas apa yang terjadi. Selama 23 tahun ini, barulah keadilan akhirnya muncul setelah siatan dibuat dan Perdana Menteri UK, David Cameron memohon maaf kepada semua keluarga mangsa semasa siasatan Hillsborough Independent Panels(HIP) dikeluarkan. HIP juga menyatakan bahawa kenyataan tentang kes ini telah banyak di ubah iaitu sebanyak 116 dari 164 kenyataan polis di ubah bagi memperlihatkan operasi polis cekap dan positif. Holy shit!

Model Penyanyi 12 Tahun Akama Miki (张木易) Bercinta Dengan Penyanyi Zhang Muyi

Seorang model dan penyanyi, Akama Miki telah jatuh cinta dengan penyanyi berusia 24 tahun iaitu Zhang Muyi. Apa yang menarik adalah kerana beliau baru berusia 12 tahun! Model Kanada ini mempunyai ayah berketurunan Jepun dan ibunya yang berketurunan China-German. Beliau telah meluahkan rasa cinta yang mendalam kepada Zhang Muyi melalui blog Sina Weibo kepunyaan beliau. Zhang Muyi juga membalas cinta Miki dengan berjanji akan berkahwin dengan beliau apabila berusia 16 tahun.

Walaupun baru berumur 12 tahun tetapi perwatakan Akama Miki sungguh berlainan dari kanak-kanak yang sebaya beliau. Anatara pencapaian beliau adalah dengan memenangi 2009 National New Silk Road Child Modelling pada tahun 2000. Adakah cinta Akama Miki ini boleh dikatakan sebagai cinta monyet? atau Muyi adalah seorang pedophile??! Lihat gambar beliau bersama Muyi dan juga video klip nyanyian beliau di bawah.





12 September 2012

Koleksi Iklan-Iklan Kreatif Di Pelbagai Tempat Awam (15 gambar)

Kebanyakan iklan-iklan di Malaysia tidak menarik dan cepat bosan bila tengok. Contoh paling ketara seperti iklan yang terdapat di sepanjang lebuhraya negara kita. Sangat formal dan boleh mengakibatkan kemalangan jika terlalu lama diperhatikan. Di bawah ada beberapa contoh iklan-iklan yang super cool di seluruh dunia. Layan... 


Mondo Pasta (pasta bagi negara German) 


Iklan yang terdapat di Bangkok,Thailand dengan tagline "Kusut? Bertukarlah kepada Perapi Rambut Rejoice" 

06 September 2012

Sore Eyes 5 Days MC - Nora Danish & Adi Putra Version

Susulan dari video budak Singapore yang kesakitan mata dan dapat cuti atau mc selama 5 hari. Nampaknya artis kita pon pandai troll orang! hahaha




#nora danish sangat comel!! :D

kredit: MetrowealthPictures.net

03 September 2012

3 September 2012 - Harijadi Doraemon Yang Ke-100 (14 gambar)

Hari ini 3rd September merupakan hari jadi Doraemon yang ke-100 sebelum Doraemon benar-benar dilahirkan kerana robot kucing ini datangnya dari masa hadapan dan hanya lahir pada tahun 2112. Pelik tapi itulah kenyataan untuk animasi yang dicipta oleh Fujiko F. Fujio. Untuk memperingati hari kelahiran Doraemon ini, di Hong Kong terdapat pameran terbesar bermula dari 14 Ogos sehingga 16 September.

Sebuah taman telah disediakan untuk mempamerkan 100 biji patung Doraemon saiz sebenar. Disini juga anda boleh dapatkan pelbagai barangan berkenaan Doraemon seperti baju, topi, pin, anak patung vinil, rantai kunci dan mug. Jika ada masa dan mempunyai bajet lebih, masih sempat untuk pergi ke Hong Kong dan melihat dengan lebih dekat pameran robot kucing berwarna biru yang sangat comel ini =)



02 September 2012

T-Shirt Yang Cool

Siapa-siapa yang tahu di mana aku boleh dapatkan t-shirt ini, sila share. Sangat awesome dan sesuai di pakai semasa majlis keramaian


Conchita Wurst - Penyanyi Wanita Berjambang (14 gambar)

Conchita Wurst adalah nama samaran bagi Tom Neuwirth, penyanyi yang berasal dari Austria. Nama beliau naik apabila muncul sebagai peserta Starmania 2007. Apa yang menjadi keunikan adalah semasa persembahan di pentas beliau memakai pakaian wanita dan memiliki jambang dimana beliau sebenarnya adalah seorang lelaki!

Beliau mendapat perhatian juri dan tepukan gemuruh dari penonton apabila menyanyikan lagu Celine Dion, "My Heart Will Go On" dan Michael Jackson, "I'll Be There". Walaupun beliau tidak menang dan hanya meraih tempat ke-6, tetapi populariti menjadikan beliau sebagai calon pilihan ramai untuk memenangi pertandingan itu. Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut bolehlah pergi ke facebook beliau disini.





30 August 2012

Gempar! Kisah Memalukan Hamil Tanpa Nikah



Satu kisah hamil luar nikah di sebuah kota raya negara..

Ayah dan ibu sangat murka ketika mengetahui anak perempuan mereka hamil.

“Siapa si bedebah itu??!!” jerit ayah, sedangkan si ibu menangis..

“Suruh dia datang kesini!”

Si anak pun segera menelepon lelaki yang telah mengandungkan beliau dan setengah jam kemudian sebuah kereta ferrari berwarna merah berhenti di depan rumah mereka. Seorang lelaki separuh umur keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berhadapan dengan ibu dan ayah perempuan itu dan berkata,

“Saya adalah lelaki yang telah menghamili anak pakcik makcik, tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak pakcik makcik kerana isteri saya tak mengizinkan. Namun bagaimanapun, saya akan tetap bertanggung jawab!"

Sekiranya anak yang dilahirkan bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya  dua buah supermarket, sebuah hotel dan wang tunai 5 juta dollar.

Sekiranya dia melahirkan anak lelaki pula, saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang minyak, dua buah supermarket, dua buah hotel dan wang tunai 10 juta dollar.

Tapi sekiranya dia keguguran, saya sendiri tidak tahu apa yang harus saya lakukan”

Si ayah berfikir sebentar dan si ibu masih tidak berhenti-henti menangis.

Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu, si ayah berkata,

“Kalau keguguran, kamu cuba lagi ya”


kredit: Rahman

29 August 2012

Barcelona Penuhi Impian Gabriel Muniz Budak Tanpa Kaki

Seorang budak berumur 11 tahun, Gabriel Muniz telah di tawarkan untuk mwngikuti kem latihan musim panas di pusat akademi Barcelona yang terletak Saquarema, Rio de Janiero selepas muncul di dalam program sukan terkenal di Brazil. Apa yang menarik perhatian adalah fizikal beliau yang tiada tapak kaki seperti pemain bola biasa.

Disebabkan keadaan beliau yang tidak seperti budak lain, ibunya tidak sanggup untuk melihatnya. Tetapi beliau gembira dengan Gabriel apabila anaknya itu dapat menjalani latihan bersama kelab Barcelona. Walaupun Gabriel tidak dapat bersemuka dengan pemain idolanya Lionel Messi, tetapi beliau gembira dan menikmati sessi latihan itu walaupun tahu bahawa dia tidak akan dapat bermain bola secara professional suatu hari nanti.





video beliau boleh lihat disini

#semangatnya untuk menjadi seperti budak biasa sangat dipuji..respect!

kredit: www.nodeju.com

28 August 2012

Hulk Versi Sebenar Yang Hidup

Pernah tengok hulk dalam dunia sebenar? kalau tak pernah, hari ini anda berpeluang tengok dan akan berkata "wooo.." Makan apa hulk ni tiap-tiap hari aku pun tak tahu. Mungkin lembu seekor sehari.




Valeria Lukyanova - Model Patung Barbie (7 gambar)

Seorang penyanyi soprano dan model Ukraine, Valeria Lukyanova menjadi kegilaan ramai di internet apabila muncul dengan rupa paras seperti patung barbie Mattel. Tidak hairan jika beliau popular disebabkan rupanya yang comel dan mempunyai boobs yang besar. Setakat ini beliau mempunyai 155 subscribers berbanding 78 kawan di dalam social network beliau disini. Beliau juga baru berusia 21 tahun dan merupakan seorang penganut agama buddha. Sekali tengok cantik dan comel dan bila dua kali tengok agak creepy sebab terlalu kurus seperti patung mainan yang hidup!




26 August 2012

Siapakah Sebenarnya Kolya Lukashenko (6 gambar)


Kolya Lukashenko ini sebenarnya seorang anak kepada diktator Belarus, Alexander Lukashenko. Gambar budak ini membawa pistol telah di zoom kan oleh blogger Venezuela semasa mesyuarat Hugo Chavez. Apa yang memeranjatkan adalah umur budak ini yang baru berusia 7 tahun dan sudah memiliki sepucuk pistol yang diberikan oleh bapa beliau. Walaupun beliau mempunyai dua orang abang, tetapi beliau telah dipilih sebagai bakal presiden oleh bapanya!

25 August 2012

Kerosakan Jika Komputer Ditutup Tanpa ShutDown



Komputer aku dah berapa kali terpadam tanpa shutdown yang betul. Kadang-kadang disebabkan blackout dan kadang-kadang aku terlanggar extension pastu unplug dengan sendiri. Jika benda ni berlaku selalu, sangat tidak sihat untuk komputer. Mungkin tak lama lagik akan rosak. So di sini ada beberapa kesan daripada tutup komputer dengan cara mengejut atau salah.

24 August 2012

Microsoft Menggunakan Logo Baru

Mulai hari ini secara official syarikat Microsoft menggunakan logo baru setelah 25 tahun. Ia akan digunakan di laman rasmi microsoft.com yang menduduki tangga ke-10 website paling kerap dikunjungi. Logo baru ini terdapat dua komponen utama iaitu logotype dan symbol. Untuk logotype, tulisan Segoe font digunakan. Simbol pula menggunakan paparan warna yang sama dengan sebelum ini tetapi lebih ringkas dan berpetak empat segi.





#logo ok tetapi terlalu simple!

kredit: blogs.technet.com

Rancangan Bersamamu TV3 Penipu Besar???

Apakah pendapat anda semua tentang statement ini. Benar atau konspirasi dari penyampai ni?




20 August 2012

Belilah Barangan Original

Sangat kukuh dan tahan. Tidak tahu samaada benda ini sudah rosak atau orang ini terlalu kaya sehingga jadikan bahan penyendal!



Ye Tongxin Pemotong Luar Biasa

Seorang pengurus bas sekolah di Nanjing, Ye Tongxin mampu memotong sayur dan buah-buahan dengan hanya menggunakan daun terup. Pengurus yang berumur 48 tahun itu telah berlatih selama 10 tahun sebelum menjadi pakar seperti sekarang. Menurutnya, balingan daun terup beliau mampu memecut sejauh 360 km/jam. Kini beliau ingin mencipta rekod dunia dengan memotong 18 biji timun dalam masa kurang dari seminit.








Awesomeee!!

Kredit: MailOnline

Rahmat Che Hashim Tersenarai Untuk La Masia

Seorang pemain bola negara, Rahmat Che Hashim telah tersenarai dalam 100 kelompok terakhir untuk pemilihan kelab muda Barcelona iaitu La Masia. Beliau yang berusia 24 tahun itu tersenarai bersama Evan Dimeas-Indonesia, Napapon Sripratheep-Thailand dan Muhammad Faris Ramli-Singapore. Jika peserta lepas pada sessi ujian nanti berkemungkinan untuk bermain dalam kelab senior Barcelona sangat tinggi. Diharapkan anak kelahiran kelantan ini dapat meneruskan dalam sessi pemilihan dan mendapatkan tempat. Siapa tahu nanti beliau juga dapat bermain di Eropah seperti Nazmi Faiz yang bermain untuk kelab Beira Mar.




kredit: Thestar

Eid Mubarak: Samir Nasri

Semalam Nasri telah menyambut hari raya aidilfitri dengan menayangkan baju yang bertulis "EID MUBARAK" selepas menjaringkan gol kemenangan untuk kelab beliau.Selepas tamat permainan beliau sempat merakamkan sepatah dua kata untuk peminat-peminat dan juga seluruh umat Islam "Selamat hari raya dan goal celebration tadi adalah untuk anda semua. Nantikan goal celebration dari saya untuk Hari Raya Aidiladha plak..hehehe"








#respect!!

Kredits: web bola

17 August 2012

Iklan TV3 yang Kontroversi

Sempena hari raya yang bakal menjelma ni saya nak share satu video klip. Tahun 2010 TV3 memaparkan iklan sempena raya yang berkonsepkan hari natal atau krismas. Hanya sempat ditayangkan beberapa hari di tv sebelum di gam atas sebab iklan yang tak masuk akal. Anda boleh tengok sendiri iklan itu di bawah. Tapi video ni telah di tukar lagunya bersesuaian dengan tema krismas oleh obefiend. Thanks to him for this video.


Versi Kristmas:




Versi asal:



p/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk umat Islam seluruh dunia. Di dalam kita bergembira ingatlah orang yang berduka..

16 August 2012

M-velopes Pasang Siap yang Menyeronokkan (7 gambar)

Seorang Master of Fine Arts iaitu Michael Jantzen merekabentuk sebuah kotak pasang siap yang dipanggil M-velopes. Objek yang seakan bentuk kubah 4 segi ini mampu ditukar dalam pelbagai bentuk lain yang digunakan untuk melepaskan stress kerja dan bersuka ria. Sesiapa yang ingin bazirkan duit dan mempunyai cool stuff bolehlah membeli M-velopes ini. Lihatlah M-velopes rekaan beliau di bawah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...